Hiburan

Anak Rita Rudaini Sumbang Emas Kuartet 4x400m MRSM Sungai Besar di MSSD Sabak Bernam

Airit Rayyan Rizqin bergambar dengan pingat yang dimenangi selepas memecahkan tiga rekod baharu dalam Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam pada Khamis.

Anak pelakon Rita Rudaini memberikan impak besar kepada kuartet 4×400 meter Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar yang memenangi pingat emas dan memecahkan rekod pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Daerah (MSSD) Sabak Bernam pada Khamis.

Airit Rayyan Rizqin Mohamad Aidil Zafuan, Raja Muhammad A’Yyash Raja Mohd Sidqi, Ammar Haziq Azlan Abdul Aziz dan Ilham Muqhriez Nurul Hisyam mencatatkan masa terpantas iaitu tiga minit 58.47 saat.

Kejayaan itu sekaligus memecahkan rekod selama 17 tahun yang dipegang oleh Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yoke Kuan, Sekinchan dengan catatan empat minit 9.7 saat dalam kategori lelaki bawah 15 tahun. Sebelumnya, Airit Rayyan memecahkan rekod 100 dan 200 meter lelaki bawah 15 tahun dalam kejohanan yang sama.

Airit Rayyan memecahkan rekod 100 meter dengan catatan masa 11.44 saat mengatasi rekod lama 11.58 saat yang dipegang oleh Norazizi Sobari dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ungku Aziz sejak 2004. Dalam acara 200 meter, Airit Rayyan juga mencatatkan masa 23.81 saat, melebihi rekod lama 24.00 saat milik Lucas Theng Chen Yi dari SMJK Yoke Kuan.

Selain itu, beberapa acara lain juga berjaya mencipta rekod baru dalam kejohanan tersebut. Rakan Airit turut mencipta sejarah dengan dinobatkan sebagai olahragawan bawah 15 tahun selepas memecahkan rekod 29 tahun bagi acara 1,500 meter dengan catatan 5 minit 28 saat mengatasi rekod lama 5 minit 01.62 saat yang dipegang oleh M Murali sejak 1999.

Turut memecahkan rekod bawah 18 tahun lelaki dalam acara 100 meter adalah pelari dari SMK Ungku Aziz, Muhamad Adam Ishami Azmi, dengan catatan 11.09 saat mengatasi rekod lama 11.19 saat sejak 2015. Dalam acara 1,500 meter kategori lelaki 18 tahun, S Rivenesh dari SMK Sungai Besar mencatatkan rekod baru 4 minit 26.95 saat melebihi rekod lama 4 minit 38.50 saat milik Muhammad Hafiz Aidi Rosni.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *