Resipi

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api: Alternatif Sedap dan Jimat!

Hidangan telur dadar masak lemak cili api yang pedas dan beraroma dimasak dengan santan dan bahan-bahan segar.

Kalau rasa bosan dengan ayam, cubalah resepi telur dadar masak lemak cili api. Resipi ini berbeza dan menjimatkan kerana tidak memerlukan ayam.

Menu ini juga sesuai untuk mereka yang sedang berjimat sementara menunggu hari gaji. Jika berminat, jom cuba resepi di bawah.

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur dadar (lebih sedap jika tebal)
  • 4 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Segenggam cili api merah/hijau*
  • Kunyit hidup (ikut selera)*
  • 2 batang serai
  • 1 kotak santan
  • Asam keping

Cara memasak:

  1. Kisar bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga agak keperangan.
  2. Kemudian, tambahkan 1 kotak santan bersama 2 kotak air biasa.
  3. Masukkan asam keping.
  4. Tambah bahan perasa seperti gula dan garam mengikut citarasa.
  5. Akhir sekali, masukkan telur dadar yang telah digoreng sekejap sahaja, pastikan telur dadar tidak hancur.
  6. Hidangkan dan selamat mencuba!

Related posts
Resipi

Resepi Viral Puri Sambal Sardin: Mudah dan Sedap!

Puri Sambal Sardin yang menarik, siap untuk dinikmati bersama keluarga. Resepi ini menjadi viral…
Read more
Resipi

Kubis Gulung Kukus: Alternatif Diet Lazat dan Sihat

Sajian diet tinggi protein, disertakan dengan sos tiram dan kicap cair yang memikat. Ramai yang…
Read more
Resipi

Tanghulu Anti-Gagal: Panduan Lengkap Buat Snek Manis

“Tanghulu Anti Gagal: Buah-Buahan Salut Gula Yang Disukai Ramai!“ Resipi tanghulu…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *