Hiburan

Konsert Green Day di Kuala Lumpur: Nostalgia Lagu-Lagu Hits dari Era 90-an

Green Day akan mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 18 Februari tahun depan bertempat di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur.

Kumpulan punk rock dari Amerika Syarikat, Green Day akan mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 18 Februari tahun depan di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur.

Persembahan yang dinanti-nantikan oleh peminat yang telah mengikuti band ini sejak era 1990-an akan menjadi sebahagian daripada jelajah mereka di Asia Tenggara selepas Jakarta, Indonesia.

Green Day yang dianggotai oleh Billie Joe Armstrong (vokalis/pemain gitar), Mike Dirnt (pemain bass) dan Tré Cool (pemain dram) mula mencuri perhatian dengan album sulung mereka, 39/Smooth pada 1990.

Nama Green Day melonjak ke persada dunia dengan lagu-lagu hits seperti “Basket Case,” “When I Come Around,” dan “Longview” melalui album ketiga mereka, Dookie pada tahun 1994.

Album American Idiot yang diterbitkan pada 2004 tidak hanya mendominasi carta muzik tetapi juga menyentuh hati peminat di seluruh dunia, khususnya generasi muda.

Peminat di Malaysia yang telah lama menunggu kemunculan Green Day, pastinya tidak sabar untuk menyaksikan persembahan secara langsung dari band legenda ini.

Konsert yang dianjurkan oleh Live Nation ini pasti akan menjadi malam penuh nostalgia, menghimpunkan peminat lama dan baharu untuk menghayati lagu-lagu yang telah menjadi ‘soundtrack’ dalam kehidupan mereka.

Bagi ahli Live Nation, tiket boleh diperoleh melalui presale eksklusif Live Nation pada Khamis, 26 September 2024 dari pukul 12 tengah hari hingga 11:59 malam.

Tiket untuk jualan awam akan mula dijual pada Jumaat, 27 September bermula jam 11 pagi.

Pemegang kad Mastercard akan mendapat akses istimewa jualan presale dari Selasa, 24 September, 10 pagi hingga Khamis, 26 September, 10 pagi.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *