
Tayangan filem Takluk: Lahad Datu di GSC Kuala Lumpur East Mall baru-baru ini berlangsung meriah dengan kehadiran pelakon utama filem tersebut.
Antara pelakon yang memeriahkan acara itu termasuk Kamal Adli, Fikry Ibrahim dan Anding Indrawani.
Krisis pencerobohan Lahad Datu pada 2013 telah memberi impak yang mendalam kepada negara dengan kehilangan 10 orang wira.
Filem Takluk: Lahad Datu bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.
Diinspirasikan oleh kisah sebenar, filem ini juga tersedia dalam format IMAX dan Dolby Atmos di pawagam terpilih di seluruh negara.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat dan ramai lagi,
Takluk: Lahad Datu mula ditayangkan pada 22 Ogos 2024 dan dijangka memberikan impak mendalam kepada penonton dengan kisah keberanian dan semangat perjuangan para wira negara.