Hiburan

Penyanyi M. Rizal, Penghasil Lagu Popular Seperti “Abang Beca,” Meninggal Dunia

Penyanyi era 70-an yang terkenal dengan lagu “Abang Beca,” M. Rizal telah meninggal dunia di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor.

Penyanyi era 70-an, M. Rizal telah meninggal dunia di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor akibat ulser perut. Allahyarham yang bernama sebenar Mohd Razali Hashim, berusia 71 tahun merupakan Juara Bintang RTM 1978.

Dilahirkan pada 19 Julai 1953, penyanyi yang berasal dari Teluk Intan, Perak ini pernah menghasilkan tiga album studio. Antara lagu-lagu popularnya termasuk “Abang Beca,” “Hatiku Menangis Keranamu,” dan “Usah Kau Rayu Padanya.”

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Impian Emas, Skudai pada jam 10 pagi tadi. Allahyarham meninggalkan isteri, Salmah Musa, 74 serta lima anak dan 11 cucu.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *