Gosip

Penampilan Baru Syamel: Akui Gunakan Mekap dan Gaya Rambut, Bukan Pembedahan Plastik

Penampilan Syamel yang berubah dengan penggunaan mekap dan dandanan rambut semasa sesi persembahan di pentas.

Penampilan Syamel kini berbeza berbanding sebelum ini, menyebabkan ramai peminat tertumpu pada perubahan tersebut.

Badan yang semakin susut, wajah yang semakin runcing, dan ‘jawline’ yang lebih jelas, namun suami Ernie Zakri itu menafikan sebarang pembedahan plastik untuk mengubah wajahnya.

Pelantun lagu “Hidup Dalam Mati” itu mengakui bahawa dia memang tertarik untuk menjalani pembedahan plastik.

“Banyak benda saya nak buat juga (pembedahan plastik) tapi ada yang dengki, cuma benda itu tidak betul lah. Benda pertama saya mahu buat, saya akan buat hidung.”

Tambah Syamel, dia memang menggunakan sedikit mekap dan mendandan rambut apabila membuat persembahan di pentas.

“Kalau di luar pula saya okay dengan mask atau tak pakai mask sebab tiada apa saya mahu sorokkan. Saya juga tak kisah untuk post muka saya yang dulu dan sekarang.”

Related posts
Gosip

Spekulasi Artis Wanita Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami

Adakah artis wanita popular kembali rujuk dengan bekas suami dalam tempoh idah? Baru-baru ini…
Read more
Gosip

Farid Kamil tolak cerai, mahkamah arah lantik Jawatankuasa Pendamai

Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan Farid Kamil dan Diana Danielle (tengah) melantik wakil…
Read more
HiburanGosip

‘Saya Tak Maafkan Fitnah Serta Cercaan Awak Dunia & Akhirat’

Pelakon Nur Fazura tidak memaafkan tindakan seorang individu yang melemparkan fitnah terhadapnya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *