Hiburan

Astro Shaw Mengubah Landskap Pemasaran Filem Dengan Treler Tematik untuk “Baik Punya Ah Long”

“Baik Punya Ah Long” merupakan filem arahan Äfdlin (gambar) yang menampilkan pelakon Zizan Razak, Johan, Adlin Aman Ramlie, Liyana Jasmay dan Mia Shauki.

Seiring dengan perkembangan industri sinema di Malaysia, permintaan untuk strategi pemasaran kreatif semakin meningkat. Sebagai salah satu inisiatif pemasaran terbaru, Astro Shaw memperkenalkan treler multi-programatik yang direka khusus mengikut tema tertentu.

Pendekatan inovatif ini melibatkan penghasilan beberapa treler dengan genre berbeza untuk filem yang sama. Strategi ini akan dilaksanakan dengan filem terbaru Astro Shaw, Baik Punya Ah Long.

Dengan melancarkan beberapa treler mengikut kesesuaian musim tayangan, Astro Shaw berusaha untuk menarik penonton yang lebih luas. Usaha ini selaras dengan trend di mana platform menyajikan kandungan mengikut citarasa penonton sasaran.

Baik Punya Ah Long menjadi filem pertama di Malaysia yang menampilkan beberapa treler berbeza untuk tayangan di pawagam. Selain treler rasmi, terdapat dua treler khas iaitu treler dengan konsep aksi komedi dan treler bertemakan muzikal.

Menurut Penerbit Eksekutif Baik Punya Ah Long dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Astro Shaw tidak hanya memberi tumpuan pada penghasilan karya berkualiti tetapi juga pada strategi pemasaran untuk memastikan filem tersebut dapat dihebahkan secara menyeluruh.

“Dengan memperkenalkan treler multi-programatik ini, kami dapat memberikan fleksibiliti lebih dalam kempen pemasaran kami dengan menyesuaikan kandungan filem Baik Punya Ah Long kepada segmen penonton tertentu, sekaligus menarik pelbagai demografi penonton.”

*Kami percaya dengan melancarkan dua treler tambahan tersebut, ia dapat menonjolkan aspek berbeza filem ini seperti komedi, aksi, atau elemen muzikal dan penonton diberikan lebih banyak sebab untuk teruja dengan filem Baik Punya Ah Long.”

Langkah berani ini menunjukkan usaha untuk mendekatkan karya tempatan kepada masyarakat dengan cara yang lebih segar dan relevan.

Treler yang direka khas ini akan disusun secara strategik mengikut pelbagai genre filem yang sedang ditayangkan di pawagam. Dari filem aksi yang mendebarkan hingga komedi ringan dan persembahan muzikal yang menghiburkan, treler ini bertujuan untuk memastikan pendedahan maksimum kepada penonton sasaran dan diharapkan dapat menarik minat mereka untuk menyaksikan Baik Punya Ah Long yang akan ditayangkan mulai 12 September nanti.

Dengan strategi pemasaran yang inovatif ini, Astro Shaw bersedia untuk memberi impak signifikan dalam industri filem tempatan dan menetapkan piawaian baru untuk tayangan pawagam.

Baik Punya Ah Long adalah filem arahan Datuk Afdlin Shauki yang menampilkan pelakon seperti Zizan Razak, Johan, Adlin Aman Ramlie, Liyana Jasymay, Mia Shauki dan ramai lagi.

Filem komedi muzikal ini mengisahkan tentang dua beradik yang ingin memulakan perniagaan walaupun mereka tidak mempunyai kepakaran atau pengalaman dalam bidang tersebut.

Mereka menjalankan perniagaan meminjam wang, namun perniagaan mereka tidak disenangi oleh ‘Ah Long’ yang lain.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Hiburan

FASHA SANDHA AKUI PERNAH TERASA HATI, BELAJAR FAHAMI KEHIDUPAN ELISYA SELEPAS BERKAHWIN

– Astro Gempak’s Photo – Pelakon Fasha Sandha mengakui pernah berkecil hati…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL CATAT RM6.5 JUTA, TERMASUK TAYANGAN AWAL

– Foto Astro Shaw – Filem Kudrat 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM6.5…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *