Viral

Puteri Sarah: “Tak Akan Rujuk Lagi Dengan Syamsul Yusof”

“‘Saya hanya boleh ketawa, rasanya tidak,’ ujar Puteri Sarah ketika ditanya tentang kemungkinan untuk rujuk semula dengan Syamsul Yusof.”

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah menyatakan bahawa dia tidak akan rujuk kembali dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof walaupun pengarah tersebut telah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.

Puteri Sarah, nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin mengaku enggan dikaitkan lagi dengan Syamsul.

“Saya hanya mampu ketawa sahaja. Tak rasanya (rujuk kembali). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak.”

Enggan memberi komen mengenai kemelut rumah tangga Syamsul dan Ira, aktres tersebut menegaskan bahawa dia tidak mahu terlibat dalam urusan tersebut.

“Saya tak nak komen tentang itu. Tak baik dan saya sebenarnya tak nak ambil tahu.“

Dalam pada itu, ketika ditanya oleh wartawan mengenai isu tersebut, Sarah hanya mendoakan yang terbaik untuk pasangan berkenaan.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berkahwin pada tahun 2014 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5. Namun, mereka bercerai pada bulan Jun tahun lalu.

Related posts
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *