Hiburan

Harapan Mamat Exists Kembali ke Pentas Selepas Rawatan Pemulihan

Exists masih menaruh harapan agar Mamat dapat kembali bersama mereka untuk mengadakan persembahan.

Doa untuk vokalis kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin agar beliau kembali beraksi di pentas sentiasa berterusan.

Menurut pemain bes kumpulan itu, Musa Radhi, peminat juga tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan Mamat yang sedang menjalani rawatan pemulihan daripada penagihan dadah.

“Doa kita tak putus, kita nak dia (Mamat) baik semula untuk dia kembali ke pentas (menyanyi), sebab tempat dia memang di pentas sebenarnya.

“Rata-rata peminat dah tahu tentang ketiadaan Mamat, tapi mereka masih kuat bertanya tentang dia dan kami tidak rasa jemu untuk beritahu (peminat)… ini adalah sokongan moral yang Mamat dapat daripada pendukungnya walaupun dia sedang menjalani pemulihan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Rock Nostalgia, di sini baru-baru ini.

Beliau juga berharap rawatan yang sedang dijalani Mamat menjadi “fasa akhir” sebelum penyanyi itu kembali ke pangkuan masyarakat dan kekal bebas dadah. Pada Julai lalu, Mamat yang sebelumnya berdepan dua pertuduhan mengambil dadah pada 2019t elah berjaya dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor.

Beliau dijatuhi hukuman denda RM4,000 serta dikenakan pengawasan selama dua tahun di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang untuk rawatan dan pemulihan. Mamat memulakan kerjayanya dalam bidang muzik bersama Exists pada awal 1990-an, dan terkenal dengan lagu-lagu seperti “Untukmu Ibu,” “Rahsia Pohon Cemara,” dan “Langkah Seiringan” sebelum meneruskan karier solo pada 1995.

Sementara itu, pemain keyboard Exists dan komposer, Mohamad Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai menegaskan bahawa masalah peribadi Mamat tidak berkaitan dengan kumpulan tersebut.

“Pun begitu, kami tidak akan serik dengan Mamat. Kalau kami serik, kami tak akan panggil dia semula untuk membuat konsert bersama.

“Malah, setiap kali ada tawaran konsert pun kami akan syorkan kepada penganjur nama dia dan penganjur pun suka kalau dia ada. Kami sendiri juga lebih suka kalau Mamat dan Ezad Lazim (juga bekas penyanyi Exists) ada bersama,” katanya, menambah Mamat mungkin dapat kembali menyanyi tahun depan dengan kebenaran AADK.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *