Hiburan

Keputusan Mengejut: Zalif Sidek Digugurkan dari Teater DATUS dan Cinta Ahmad Mutawakkil

Nama Zalif Sidek digugurkan.

Dengan hanya tinggal kurang dua minggu, Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) terpaksa menarik diri pelakon Zalif Sidek daripada dua produksi teater yang akan dipentaskan.

Pengarah teater, Amirul Haswendy Ashari menjelaskan bahawa keputusan ini diambil untuk memastikan kelancaran dan perjalanan dua teater yang masih dalam fasa latihan.

Beliau menyatakan bahawa The Redholah telah memberikan peluang kepada Zalif Sidek kerana percaya pada bakatnya namun disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, pelakon tersebut terpaksa digantikan dengan pelakon lain.

“Sebelum ini kami menawarkan pelakon itu untuk dua judul teater yakni Teater Cinta Ahmad Mutawakkil (CAM) dan teater Dang Anum (The Untold Story) (DATUS).

“Peluang itu ditawarkan atas dasar kepercayaan sebagai seorang rakan dan dia sendiri beberapa kali beritahu mahu menimba pengalaman bermain di pentas teater,” kata Amirul.

Susulan itu, Amirul telah menghubungi pelakon itu dan dia menerima keputusan pengguguran itu dengan hati terbuka.

“Sebelum ini, kami telah membawa nama Zalif ke peringkat pengurusan Perbadanan Putrajaya dan dipersetujui untuk menjadi salah seorang artis terlibat dalam CAM.

“Begitu juga untuk DATUS, kami telah melakukan sesi fotografi untuk poster promosi selain beberapa kali latihan bersama,” katanya.

Amirul Haswendy Ashari memilih untuk tidak mendedahkan sebab utama pengguguran Zalif Sidek, sebaliknya menganggap ia sebagai ‘tiada rezeki’ untuk bekerjasama pada masa ini.

Watak Zalif dalam DATUS kini digantikan oleh Aman Salle seorang pempengaruh TikTok yang juga pelakon komedi yang dikenali melalui program Awesome Raja Lawak.

Sementara itu, AG Hafiz penyampai radio HotFM akan menggantikan Zalif dalam Teater Cinta Ahmad Mutawakkil. The Redholah akan mempersembahkan dua teater iaitu Cinta Ahmad Mutawakkil pada 20 hingga 22 September bersempena Festival Budaya Putrajaya dan Dang Anum (The Untold Story) pada 27 hingga 29 September 2024.

Antara pelakon yang terlibat adalah Shah Iskandar, Mimi Enirda, Geoff Andre Feyarts, Adam Shahz, Along Eyzendy, AG Hafiz, dan Ain Sufia. Kedua-dua teater ini akan dipentaskan di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *