Resipi

Resepi Viral Puri Sambal Sardin: Mudah dan Sedap!

Puri Sambal Sardin yang menarik, siap untuk dinikmati bersama keluarga.

Resepi ini menjadi viral kebelakangan ini walaupun sebenarnya telah lama wujud di internet. Ia kembali popular kerana cara penyediaannya yang mudah dan rasanya yang sangat sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi Puri Sambal Sardin.

Bahan Roti Puri

  • 500g tepung gandum
  • 300 ml air suam
  • 6 g yis (setengah peket)
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar minyak masak.
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil garam

Bahan sambal sardin

  • Cili kisar (kisar dengan bawang besar)
  • Sardin dalam tin (saiz kecil)
  • Sedikit air asam jawa.
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula satukan air, gula dan yis dalam satu bekas.
  • Kemudian satukan bahan kering seperti tepung, garam, minyak dan butter.
  • Uli semua bahan hingga sebati dan tidak melekat ditangan.
  • Biarkan seketika sehingga ia naik, kemudian uli sekali lagi.
  • Dan bulatkan ia kepada beberapa bahagian.
  • Ketepikan.
  • Sementara itu sediakan sambal sardin pula.
  • Tumiskan cili yang telah dikisar sehingga garing.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan sedikit air asam jawa.
  • Kemudian masukkan sos sardin dalam tin.
  • Biarkan bahan-bahan ini sebati dan baru tambahkan ikan sardin.
  • Pecah-pecahkan ikan sardin dan gaul rata.
  • Siap.
  • Selepas itu goreng roti puri pula.
  • Leperkan dulu doh puri yang telah dibulat-bulatkan.
  • Dengan minyak yang banyak dan panas, goreng roti puri sehingga ia kembung.
  • Ulang sehingga habis.
  • Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Related posts
Resipi

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api: Alternatif Sedap dan Jimat!

Hidangan telur dadar masak lemak cili api yang pedas dan beraroma dimasak dengan santan dan…
Read more
Resipi

Kubis Gulung Kukus: Alternatif Diet Lazat dan Sihat

Sajian diet tinggi protein, disertakan dengan sos tiram dan kicap cair yang memikat. Ramai yang…
Read more
Resipi

Tanghulu Anti-Gagal: Panduan Lengkap Buat Snek Manis

“Tanghulu Anti Gagal: Buah-Buahan Salut Gula Yang Disukai Ramai!“ Resipi tanghulu…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *