Hiburan

Duyung: Legenda Aurora” Kembali Dengan Barisan Pelakon Baru dan Lama

Barisan pelakon Duyung: Lagenda Aurora bersama pengarah, A Razak (duduk, tengah) dan penerbit, Norman Abd Halim (kanan).

Selepas 16 tahun, KRU Studios Sdn Bhd, 8 Bit Studio Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd telah bergabung untuk menghasilkan sekuel filem Duyung.

Kekal dengan pengarah asal Datuk Profesor A Razak Mohaideen dan beberapa pelakon dari filem pertama seperti Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani dan Yassin Senario, Duyung: Legenda Aurora akan menampilkan gabungan pelakon lama dan baharu.

Antara pelakon baru termasuk Anna Jobling, Ayie Floor 88, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil, Aidilia Hilda, A Shukoor Mohaideen dan banyak lagi yang akan tampil sebagai penampilan istimewa.

Menyentuh tentang penghasilan sekuel setelah 16 tahun, A Razak berkongsi bahawa selepas kejayaan Duyung di box office, ramai yang telah meminta untuk melihat kesinambungan cerita ini.

“Pihak kami merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk membuat sekuel tersebut. Filem ini akan mengadunkan pelakon lama dan baru.

“Di samping mengetengahkan Anna sebagai anak duyung, terdapat juga watak duyung lelaki yang mewarnai cerita ini,” katanya.

Duyung: Legenda Aurora akan menjalani penggambaran di 22 lokasi termasuk Pulau Langkawi, Pulau Paya, Lembah Klang dan Putrajaya.

Dengan durasi 110 minit, penggambaran filem ini akan bermula pada 13 September dan dijadualkan berlangsung selama sebulan.

Filem bergenre komedi fantasi ini dijangka akan ditayangkan pada suku ketiga tahun 2025. Cerita Duyung: Legenda Aurora mengisahkan kemunculan semula Puteri yang meminta bantuan Jimmy untuk menyelamatkan anaknya, Aurora yang telah ditangkap oleh kumpulan pukat tunda haram.

Dashman, kekasih Aurora yang juga anak kepada Jimmy dan Aspalela memulakan pengembaraan untuk menyelamatkan Aurora daripada kawalan Dr Evo.

Sebelumnya, filem Duyung pernah memenangi Anugerah Khas Box Office di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21) pada tahun 2008 yang dianjurkan oleh Finas.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *