Hiburan

Fazura Fail Perceraian, Status Rumah Tangga Terjawab

Fazura (kiri) dilaporkan telah mengemukakan permohonan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Status rumah tangga Fazura dan Fattah Amin akhirnya terjawab apabila aktres terkenal itu dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya hari ini.

Menurut sumber, perceraian pasangan selebriti yang berkahwin pada 27 November 2017 ini difailkan oleh wakil peguam Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam.

Namun, laporan Gempak memetik bahawa butiran lanjut mengenai kes tersebut tidak didedahkan.

Sementara itu, tinjauan di laman sosial Fazura menunjukkan para pengikut Instagramnya memberikan kata-kata semangat kepada pelakon filem Gol & Gincu itu.

Isu keretakan rumah tangga Fazura, 41 dan Fattah, 33 menjadi perbualan hangat di media sosial baru-baru ini apabila pasangan tersebut dikatakan tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka pada hantaran masing-masing.

Namun, Fattah yang juga pelakon filem Mat Kilau tampil menafikan bahawa rumah tangganya menghadapi masalah seperti yang digembar-gemburkan.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *