
Pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof dilaporkan telah kembali bersama ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Foto Syamsul bersama keluarga dikongsi oleh Patimah menerusi hantaran di Instagramnya pada hari Rabu. Dalam gambar tersebut, Syamsul kelihatan mendukung anak perempuannya, Sumayyah bersama ibu bapanya dan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana.
Sebelum ini, Syamsul dilaporkan tidak berhubung dengan keluarganya selepas perceraian dengan Puteri Sarah tahun lalu yang dikaitkan dengan pernikahan rahsianya dengan Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira, di selatan Thailand.