Hiburan

Konsert Rhythm of the Farmers: 5,000 Penyokong XPDC Menggempur MAEPS!

Lebih 5,000 peminat menunjukkan sokongan kepada kumpulan heavy metal XPDC Kita Pengyu dalam konsert ROTF yang diadakan sempena MAHA 2024 di MAEPS.


Lebih 5,000 penyokong setia XPDC Kita Pengyu memeriahkan ruang terbuka MAEPS semasa konsert Rhythm of the Farmers (ROTF) yang diadakan baru-baru ini.

Konsert yang berlangsung pada 18 September lalu ini, bersempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 menandakan solidariti berterusan peminat kepada kumpulan heavy metal terkenal tanah air itu.

Menurut pengurusnya, Yazid Selamat, konsert ini merupakan perhimpunan terbesar penyokong tegar mereka setakat tahun 2024.

“Terima kasih yang tak terhingga kepada semua peminat XPDC Kita Pengyu yang tidak pernah penat menyokong kerjaya kami.
“Tak sangka juga sebegitu ramai yang hadir untuk menyaksikan konsert,” katanya.

Menurut Yazid lagi, bukan hanya peminat XPDC Kita Pengyu malah konsert pada malam itu turut disertai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bersama para pengunjung MAHA 2024.

Menurutnya, sambutan hangat daripada hadirin di konsert itu juga menunjukkan penerimaan peminat dan masyarakat terhadap XPDC Kita Pengyu selepas pemergian vokalis mereka, Allahyarham Mael atau Syed Ismail Syed Ibrahim akibat sesak nafas tahun lalu.

Selain XPDC Kita Pengyu, pentas ROTF sempena MAHA 2024 ini turut dimeriahkan oleh beberapa artis lain seperti Slam, Ukays dan Jamal Abdillah.

Sementara itu, mengenai isu penyalahgunaan nama dan lagu kumpulan XPDC, Yazid mendakwa ia berpunca daripada rasa tidak puas hati dan kekecewaan individu terbabit selepas gagal mengambil alih pengurusan XPDC Kita Pengyu ketika kumpulan itu berada di puncak.

“Individu itu hanyalah seorang agen pemasaran yang pernah dilantik ketika XPDC dibentuk di awal penubuhan.

“Selepas itu dia hilang dari industri dan hanya muncul selepas XPDC sudah berjaya; dan ketika itu dia cuba berbaik dengan kami.

“Percubaan itu berterusan sehinggalah pada 2019 dan akhirnya dia putus asa,” kata Yazid yang mendakwa bahawa arwah Mael turut dipujuk individu itu menyertai kumpulan baharu ciptaannya namun tidak berjaya.

Dalam masa sama, Yazid berharap agar peminat akan terus memberikan sokongan padu kepada XPDC Kita Pengyu yang bakal mengeluarkan single terbaharu tidak lama lagi.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *