Hiburan

Syafie Naswip Berhati-hati Dalam Pergaulan Selepas Bergelar Suami

Pelakon filem Gayong Syafie Naswip selepas sidang media dan pelancaran filem Gayong di Astana Putra Universiti Putra Malaysia baru-baru ini.

Baru sahaja menjadi suami, pelakon Syafie Naswip, 32 mengakui bahawa dia perlu lebih berhati-hati dalam menjaga batas pergaulan di lokasi penggambaran untuk mengelakkan sebarang salah faham.

Meskipun isterinya bersikap terbuka dan memahami kerjayanya, itu bukanlah alasan bagi pelakon filem Mukhsin ini untuk mengambil sebarang watak atau melakukan babak mesra mengikut permintaan skrip.

“Setakat ini, isteri saya okey saja dengan watak yang saya lakonkan. Namun, sebagai suami sudah tentulah kita pun kena tahu batas untuk diri sendiri. Apabila dah baca skrip, kita tahulah kehendak sesuatu babak sama ada over atau tidak. Kalau dulu (sebelum berkahwin) mungkin boleh buat lagi (babak bersentuhan), tapi sekarang perlu berhati-hati.

“Bukan apa, sekarang pun banyak kes kemelut rumah tangga yang berlaku di luar sana, saya tidak mahu ia (masalah itu) terpalit juga kepada kami. Jadi, mana yang boleh saya jaga, kita bincang elok-elok,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang media dan pelancaran filem Gayong di sini, baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Muhammad Syafie Naswip ini juga bersyukur kerana rezekinya semakin bertambah selepas mendirikan rumah tangga dengan Nur Afiqah Ishak pada penghujung Disember 2023.

“Alhamdulillah, apa yang saya perasan, selepas berkahwin saya banyak mendapat tawaran berlakon filem, namun saya juga bersedia menerima tawaran untuk drama dan telemovie,” katanya

Apabila ditanya mengenai perancangan masa depannya, Syafie mengakui mempunyai hasrat untuk membuka sebuah nurseri suatu hari nanti.

Pelakon yang meraih Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25 ini sebelum ini aktif melakukan aktiviti bercucuk tanam yang menjadi terapi bagi dirinya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.

“Melihat sayuran hijau yang tumbuh segar di depan mata menjadikan saya leka menikmati keindahan selain menenangkan minda dan jiwa terutama setelah penat bekerja.

“Semua pokok saya manja sebab biasanya saya akan pegang dan belainya serta bercakap dengan membahasakan diri sebagai abah, barulah pokok akan sihat dan segar sentiasa,” katanya.

Related posts
Hiburan

SELEPAS 21 TAHUN, SURAT CHESTER BENNINGTON BUAT SITI NURHALIZA DITEMUKAN SEMULA

Sepucuk surat lama daripada mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington kepada penyanyi…
Read more
Hiburan

CHRISTY NG BUAT KEJUTAN DALAM ‘KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL’, LAKONAN BERSAHAJA DIPUJI

Usahawan fesyen terkenal, Christy Ng mencuri perhatian penonton selepas membuat kemunculan khas…
Read more
Hiburan

RENDAH DIRI DAN BERSAHAJA, ZAIN SAIDIN CURI PERHATIAN BANTU RAKAN JUAL NASI LEMAK

Tindakan pelakon Zain Saidin membantu rakannya berniaga nasi lemak berjaya mencuri perhatian…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *