Viral

Nabila Huda Berduka, Kucing Tercinta Aoki Pergi Selamanya

Nabila dan suaminya membuat keputusan untuk merawat Aoki sendiri di rumah.

Bagi pencinta haiwan, terutamanya kucing, kehadiran haiwan comel ini sering dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

Oleh itu, kematian haiwan peliharaan pastinya meninggalkan kesan mendalam buat setiap anggota keluarga.

Itulah juga yang dialami oleh Nabila Huda dan suaminya apabila kucing kesayangan yang mereka pelihara selama 14 tahun telah pergi buat selamanya.

Menurut Nabila, 39, melalui akaun Instagramnya, kucing yang diberi nama Aoki itu meninggal dunia pada pagi Rabu setelah bertarung dengan masalah buah pinggang. Keadaan Aoki semakin lemah sejak Ahad dan Nabila bersama suaminya mengambil keputusan untuk menjaga ‘anak’ mereka itu di rumah.

Namun, keadaan Aoki semakin kritikal pagi tadi apabila darah mula keluar dari mulutnya dan Nabila sempat membawa kucing kesayangannya ke klinik veterinar.

“Selamat tinggal sayang,” luah Nabila bersama video Aoki.

Perkongsian Nabila mengundang simpati dan tidak kurang yang mengaku turut sama mengalirkan air mata.

Sebelum ini, anak kepada penyanyi rock terkenal tanah air, Amy Search, Nabila Huda pernah berkongsi kisahnya bersama Aoki, kucing yang ditemuinya di set penggambaran 14 tahun yang lalu.

Menurut Nabila, kucing tersebut dianggap seperti anak sulungnya kerana hadir dalam hidupnya sebelum dia mengandungkan Keisha Laila.

Related posts
Viral

CIK EPAL DAKWA BEKAS SUAMI ‘MULUT MANIS’, MAHU DILIHAT KAYA DAN SEMPURNA

Usahawan dan personaliti media sosial Cik Epal kembali mencuri perhatian selepas memberikan respons…
Read more
ViralAgama

PEMENTASAN TEATER DIDAKWA PERSENDA RUKUN NEGARA, PDRM DAN MCMC DIGESA JALANKAN SIASATAN

Sebuah rakaman pementasan teater menjadi tular di media sosial selepas didakwa mengandungi unsur…
Read more
HiburanViral

MACKLEMORE SALURKAN AS$1 JUTA HASIL JELAJAH ED SHEERAN KEPADA PERTUBUHAN PRO-PALESTIN

Penyanyi rap Amerika Syarikat, Macklemore, mengumumkan akan menyumbangkan keseluruhan hasil bersih…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *