ViralAgama

PEMENTASAN TEATER DIDAKWA PERSENDA RUKUN NEGARA, PDRM DAN MCMC DIGESA JALANKAN SIASATAN

Sebuah rakaman pementasan teater menjadi tular di media sosial selepas didakwa mengandungi unsur yang mempersendakan institusi raja, negara dan Rukun Negara. Video berkenaan dilaporkan dimuat naik menerusi akaun Instagram The Fever Kinetic Theatre sebelum mencetuskan kritikan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan segera serta menyeluruh berhubung rakaman tersebut.

Menurut beliau, tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya hasil siasatan mendapati berlaku pelanggaran undang-undang. Siasatan boleh mengambil kira peruntukan berkaitan, termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hasutan 1948.

Aaron turut menyifatkan pementasan berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab. Beliau menegaskan bahawa kebebasan berkarya dan bersuara perlu disertai tanggungjawab terhadap undang-undang, institusi negara serta keharmonian masyarakat.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menyifatkan pementasan tersebut sebagai pelanggaran adab yang berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk. Beliau turut menggesa pihak penganjur membuat permohonan maaf secara terbuka, selain meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

Related posts
GosipViral

BELLA ASTILLAH TANDA SUKA HANTARAN ‘TERIMA KASIH RUHAINIES’, CURI PERHATIAN NETIZEN

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menarik perhatian apabila dilihat menanda suka sebuah hantaran…
Read more
ViralGlobal

JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
Read more
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *