Hiburan

Nike Ardilla Dihidupkan Kembali melalui Metahuman di Synchronize Fest 2024

Nike Ardilla sempat menyapa penonton seolah-olah kehadiran jasad dan jiwanya masih ada di dunia ini, menciptakan ‘momen magis’ yang menghidupkan suasana di kalangan hadirin.

Sebelum ini, Allahyarham Nike Ardilla telah dibawa kembali menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam lagu duet ‘Bertemu Kembali’ bersama Melly Goeslow. Kali ini, beliau muncul dalam bentuk Metahuman di acara Synchronize Fest 2024 di Jakarta Utara memberikan kenangan indah kepada pengunjung festival muzik itu.

Menurut laporan agensi berita Antara, Nike Ardilla sempat menyapa penonton seolah-olah jasad dan jiwanya masih ada di dunia ini yang dianggap sebagai ‘momen magis’ yang menghidupkan suasana di kalangan penonton.

“Apa khabar Synchronize Fest? Terima kasih kepada semua yang hadir di sini. I love you too, bagaimana lagu seterusnya? Lagu yang ada bintang-bintangnya. Bintang Kehidupan,” kata Metahuman Nike Ardilla di JIExpo Kemayoran, Jakarta, Jumaat.

Mendendangkan lagu hit “Seberkas Sinar” dan “Bintang Kehidupan”, persembahan itu jelas mengundang nostalgia di hati para peminat yang telah lama merindui sosok artis tersebut.

Selain itu, penyanyi seperti Bonita, Danilla, Fanny Soegi, Putri Ariani dan Tantri Kotak turut mempersembahkan lagu-lagu hits Nike Ardilla seperti “Aku Tak Akan Bersuara”, “Cintaku Padamu” dan “Sandiwara Cinta”.

Setiap penyanyi membawakan lagu-lagu tersebut dengan gaya mereka sendiri tetapi penonton tetap terhibur dan menyanyikan bersama lagu-lagu yang penuh kenangan itu.

Related posts
Hiburan

Nuha Bahrin Tidak Terguris Dengan Gurauan 'Presiden Keychain' Netizen

Nuha Bahrin menyatakan bahawa dia memahami perasaan mereka yang memiliki ketinggian pendek dan dia…
Read more
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *