Hiburan

Peguam Syariah: Fazura Berisiko Dikenakan Perintah Menghina Mahkamah

Peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Fattah menyatakan bahawa tindakan itu hanya dapat dilaksanakan sekiranya Fazura benar-benar melanggar persetujuan perceraian.

Kurang sejam selepas bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Isnin, pelakon Fazura berisiko dikenakan perintah menghina mahkamah kerana tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin.

Peguam syarie Zulkifli Che Yong, yang mewakili Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata perintah ini hanya dapat dilaksanakan jika Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, melanggar persetujuan perceraian.

Menurutnya, ini disebabkan mahkamah telah merekodkan persetujuan tersebut sebagai suatu perintah yang mana butirannya tidak didedahkan secara terperinci kepada umum.

“Jika berlaku perlanggaran perjanjian, maka pihak itu didapati tidak menghormati atau gagal mematuhi peruntukan.

“Mangsa dalam kes ini, boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah dan jika dibenarkan, notis tunjuk sebab akan dikeluarkan, mengapa seseorang itu tidak patut dipenjara kerana melangar perintah yang dibuat,” katanya.

Beliau menyatakan bahawa kedua-dua pihak mempunyai alasan untuk berpisah namun pelakon filem ‘Pendekar Awang’ itu sentiasa dinasihati agar berhati-hati ketika membuat sebarang kenyataan supaya tidak melanggar perjanjian yang telah dipersetujui.

Namun, beliau masih belum menilai sejauh mana kenyataan yang mendakwa usahawan tudung tersebut telah melanggar perjanjian persetujuan perpisahan dengan anak guamnya.

“Terserah kepada Fattah untuk menilai sejauh mana kebenaran yang dianggap mengaib atau tohmah itu sebelum mengambil tindakan susulan,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili pelakon filem ‘Gol & Gincu’ selaku plaintif enggan mengulas mengenai kenyataan itu kerana bimbang ia boleh memprejudiskan kes.

Dakwaan keretakan rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin menjadi semakin jelas apabila aktres tersebut memfailkan penceraian pada 13 September lalu.

Fazura yang merupakan defendan dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Related posts
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more
Hiburan

Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat: Cinta Lama Kembali Tertaut?

 Sufian Suhaimi berkongsi gambar Rania Al-Sadat dengan kapsyen ‘Masya-Allah Sayangku’ di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *