Viral

Baim Wong Buka Mulut: Isteri Curang Dengan Rakan Baik

Paula dilihat ‘menangkis’ dakwaan Baim dengan berkongsi video ceramah daripada penceramah terkenal, Ustaz Hanan Attaki.

Episod konflik rumah tangga Baim Wong memasuki fasa baru selepas dia memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Paula Verhoeven.

Baim mendedahkan bahawa dia ingin bercerai dengan Paulakerana mendakwa bahawa Paula berlaku curang dengan sahabat baiknya sendiri.

Namun, model tersebut dilihat ‘melawan’ tuduhan Baim dengan memuat naik video ceramah daripada penceramah terkenal, Ustaz Hanan Attaki.

Dalam ceramah tersebut, Ustaz Hanan Attaki menerangkan respons yang sepatutnya diambil oleh seseorang apabila diperlakukan dengan buruk oleh orang lain.

Beliau menyarankan agar setiap orang menyerahkan segala permasalahan hidup kepada Allah SWT dengan mengamalkan Surah Al Muzammil ayat 10 dan 11.

“Tenang saja, jangan reaktif, jangan responsif, jangan geram, jangan teruja. Abaikan mereka dengan cara yang baik,” ujar isi ceramah tersebut seperti dilaporkan Kompas.

Selain video ceramah Ustaz Hanan Attaki, Paula juga menyelitkan pesanan dari Ali bin Abi Thalib yang berbunyi: “Tidak perlu menjelaskan dirimu kepada siapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlukan itu.

“Dan yang membencimu tidak akan percaya itu.”

Sebelumnya, Baim akhirnya mengesahkan berita tentang keruntuhan rumah tangganya apabila memfailkan perceraian terhadap Paula selepas enam tahun berkahwin.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *