Umum

Diana Danielle Berhasrat Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

Diana Danielle menyatakan, “Saya memahami nasib mereka,” dan berhasrat untuk membantu pelajar yang memerlukan.

Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle menyatakan keinginannya untuk membantu menampung kos pendidikan bagi pelajar yang memerlukan. Melalui aplikasi X, Diana meminta sokongan masyarakat mengenai cara untuk menyalurkan bantuan tersebut.

“Boleh bantu D tak, boleh sesiapa bagitahu saya macam mana contohnya saya nak bantu biaya pelajaran adik-adik di sekolah dan universiti? Macam mana nak sampaikan kepada yang memerlukan?“

Pelakon berusia 32 tahun itu menjelaskan bahawa dia memahami keadaan pelajar yang kurang berkemampuan.

Diana juga menyatakan bahawa dia sedang merancang langkah-langkah kecil untuk menguruskan inisiatif tersebut.

Tindakan Diana itu mendapat pujian daripada masyarakat yang turut memberikan senarai universiti dan institusi bantuan sebagai sumber rujukan untuknya.

Related posts
Umum

CENDERAHATI RESEPSI SYED SADDIQ DAN BELLA DITAWARKAN RM350, NETIZEN BERI PELBAGAI REAKSI

Cenderahati yang didakwa daripada majlis perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah menjadi…
Read more
Umum

TAHU RANCANGAN NIKAH BASS SEJAK SYAWAL, PENGASAS HIJABISTA HUB PILIH SIMPAN RAHSIA

Pengasas Hijabista Hub, Wanie Elena, bersama suaminya, Syafiq Hilmi, mendedahkan mereka mengetahui…
Read more
Umum

WANITA PELAWA NORA DANISH JADI MADU, AKTRES DOAKAN SUAMINYA KEKAL SETIA

Aktres Nora Danish berkongsi mesej peribadi daripada seorang wanita yang mempelawanya menjadi isteri…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *