K-POP

K-pop Catat Lonjakan Penstriman Global: Pertumbuhan Terkini di Spotify

Kerjasama antara artis K-pop dan artis antarabangsa juga memainkan peranan penting dalam kebangkitan global genre ini.

Penstriman muzik K-pop di platform penstriman terbesar dunia, Spotify telah meningkat dengan ketara dalam lima tahun terakhir akibat pengaruh global genre tersebut yang terus berkembang berdasarkan data yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Data dari perkhidmatan penstriman itu menunjukkan bahawa penstriman K-pop meningkat sebanyak 362 peratus di pasaran global dan 182 peratus di Amerika Syarikat pada tahun 2023 berbanding tahun 2018.

Di Asia Tenggara, di mana K-pop sangat digemari, penstriman meningkat sebanyak 423 peratus dalam tempoh yang sama, lapor agensi berita Yonhap.

Amerika Syarikat menduduki tempat teratas dalam senarai negara dengan bilangan pendengar K-pop terbanyak diikuti oleh Indonesia, Filipina, Jepun, Mexico, Thailand, India, Brazil, Malaysia dan Kanada.

“K-pop kini menjadi kuasa global, dengan artisnya menembusi carta antarabangsa seperti Billboard,” kata Park Jung-joo, Ketua Pasukan Muzik Spotify Korea semasa acara “Sesi Perbincangan K-pop” anjuran syarikat itu di Seoul.

K-pop yang bermula di Korea, kini telah menghubungkan peminat di seluruh dunia melalui ramai artis. Kelab Billions Spotify yang mengiktiraf lagu-lagu dengan lebih satu bilion penstriman telah menerima beberapa lagu K-pop termasuk “Like Crazy” oleh Jimin (BTS), “Money” oleh Lisa (BLACKPINK) dan “How You Like That” oleh BLACKPINK.

Lagu “Seven” oleh Jungkook, anggota BTS jtelah mencatatkan satu bilion penstriman hanya dalam 108 hari selepas dilancarkan, menjadikannya lagu terpantas dalam sejarah Spotify untuk menyertai kelab tersebut.

Kolaborasi antara artis K-pop dan artis antarabangsa juga telah menyumbang kepada kebangkitan global genre ini. Sebagai contoh, ketika Tomorrow X Together bekerjasama dengan artis Brazil iaitu Anitta untuk lagu “Back for More,” dan Lisa daripada BLACKPINK berkolaborasi dengan bintang pop Rosalia untuk lagu “New Woman,” kedua-dua lagu itu menyaksikan lonjakan pendengar bagi artis K-pop tersebut, menurut Spotify.

Perkhidmatan itu juga menekankan bahawa pertumbuhan K-pop tidak terhad kepada artis ternama seperti BTS, BLACKPINK, dan Stray Kids tetapi juga ketara di kalangan kumpulan baru yang sedang meningkat.

Pada separuh pertama tahun 2024, empat daripada lima lagu Korea yang paling banyak distrim di peringkat antarabangsa adalah dari kumpulan baru dengan ILLIT menduduki tempat pertama dan Le Sserafim serta Babymonster berada di tempat ketiga hingga kelima.

Data Spotify juga menunjukkan peningkatan jumlah pendengar bulanan bagi kumpulan K-pop yang sedang meningkat. Babymonster mencatatkan 7.5 juta pendengar, Kiss of Life dengan 6.7 juta manakala ILLIT menarik 10 juta pendengar di peringkat global.

Related posts
K-POPHiburan

‘Mentang-Mentang Handsome, Senang Je Dimaafkan’

Pelakon kacak Korea Selatan, Jung Woo Sung memohon maaf atas kontroversi yang melibatkan dirinya…
Read more
K-POP

Pelakon Yoo Ah-in Terima Hukuman Penjara dan Denda atas Kes Dadah

Pada Selasa (3 Sept), Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun kerana sering menyalahgunakan dadah…
Read more
K-POP

"Whistle" Blackpink Capai 900 Juta Tontonan di YouTube

Blackpink merupakan artis muzik dengan jumlah pengikut tertinggi di YouTube, memiliki lebih daripada…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *