Baru-baru ini, kumpulan Dolla menarik perhatian warga maya selepas video yang memaparkan ahli kumpulan itu memakai baju celoreng tentera semasa persembahan di Hausboom Music Festival 2024 tular.
Netizen meluahkan rasa kecewa kerana Dolla dianggap telah mencemarkan baju celoreng tersebut dengan aksi joget sakan ketika membuat persembahan.
Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok tetapi telah dipadam selepas menerima kecaman hebat daripada netizen.
Setakat ini, pihak Dolla belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan isu yang tular itu.