Hiburan

Afgan Tegaskan Memberi Mikrofon kepada Peminat Bukan Tanda Pemalas!

Menurut Afgan, sebagai penyanyi mereka kadangkala ingin mendengar peminat menyanyi bersama dan menikmati momen itu bersama.

Penyanyi terkenal Indonesia Afgan tidak setuju dengan pandangan netizen yang mengatakan penyanyi yang memberikan mikrofon kepada peminat semasa konsert sebagai pemalas.

Menurut pelantun lagu “Untukmu Aku Bertahan” itu, sebagai seorang penyanyi, mereka kadang-kadang ingin mendengar peminat menyanyi bersama dan menikmati momen tersebut.

“Selalunya itu adalah tindakan yang spontan di pentas.

“Kadang-kadang sebagai penyanyi, kita ingin mendengar peminat menyanyi bersama kita dan ia sangat bagus kerana ada komunikasi dua hala antara kita bersama dengan peminat,” ujarnya.

Namun, bagi Afgan yang nama sebenarnya Afganshah Reza, 35 tahun, tindakan memberikan mikrofon kepada peminat untuk menyanyi bersama dianggap sebagai satu momen yang indah.

“Kadang-kadang saya juga arahkan mikrofon saya kepada penonton yang hadir ke konsert tapi itu tidak bermakna kita malas untuk menyanyi.

“Kerana kita memang ingin mendengarkan peminat menyanyikan lagu yang sudah kita ciptakan, dan momen itu sangat istimewa,” tambahnya.

Afgan akan menemui peminatnya dalam konsert Afgan Live in Penang pada 28 Disember 2024 bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang.

Peminat sudah boleh mendapatkan tiket melalui http://Ticket2u.com.my dengan harga bermula RM138 hingga RM388. Untuk pengetahuan, ini merupakan konsert solo terbesar Afgan di Malaysia sepanjang kariernya dalam industri muzik.

Sebelum ini, ada segelintir yang tidak bersetuju dengan tindakan penyanyi itu yang menghulurkan mikrofon kepada peminat semasa persembahan.

Bagi mereka, kehadiran di konsert tersebut adalah untuk mendengar penyanyi itu menyanyikan lagu-lagu yang mereka minati bukan sebaliknya.

Related posts
Hiburan

BUKIT JALIL DIJANGKA SESAK, SIRI KONSERT BERLANGSUNG HINGGA 8 NOVEMBER

Pengunjung yang menuju ke Bukit Jalil antara 4 hingga 8 November 2026 disaran merancang perjalanan…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL KUTIP RM12 JUTA, UNGGULI CARTA GSC

– Poster Astro Shaw – Filem KUDRAT 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM12…
Read more
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *