Viral

Rozita Che Wan Kesal Sikap Selebriti Sambil Lewa di Karpet Merah ABPBH Ke-36

“Kalau sudah bodoh fesyen, upahlah stylist!” – Che Ta meluahkan rasa geram melihat gaya selebriti di pentas ABPBH36 yang kelihatan seperti baru pulang dari kenduri atau jogging.

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir selebriti yang hadir ke karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 dengan sambil lewa dalam berfesyen.

Che Ta menulis di Instagram, terdapat artis yang seolah-olah baru pulang dari bersenam dan tidak menghormati majlis tersebut.

Kenapa la ada yang pergi Anugerah, pakai baju macam baru balik jogging! Ayooo sungguh tidak menghormati majlis! Kalau dah bodoh fesyen, hire la stylist! Sejuk sikit hati tuan rumah kalau artis yang datang ‘meriah’ fesyennya. Lagi pun majlis-majlis serupa ini, bukan hari-hari kot kau nak kena muncul. Ada juga yang macam nak pergi kenduri, tapi okay lagi la dari yang datang macam baru balik jogging dan baru bangun tidur.

Mengimbas kembali, penyanyi Aina Abdul telah berjaya merangkul anugerah dalam kategori Bintang Paling Popular selepas menerima 8,882,662 undi daripada peminat.

Aina dilaporkan membawa pulang trofi, sebatang bar emas seberat 18 gram dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah jenama Toyota Harrier.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *