Viral

Andrew Garfield Suarakan Sokongan Terhadap Rakyat Gaza

Rakaman pendek berdurasi 54 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Instagram Middle East Eye pada hari Jumaat.

Genosid yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Gaza turut menarik perhatian pelakon Hollywood, Andrew Garfield.

Garfield yang terkenal dengan watak Spiderman dalam filem menyatakan bahawa masyarakat dunia perlu memberikan perhatian kepada rakyat Palestin di Gaza.

“Kita patut bersama-sama dalam hal berkaitan nyawa seperti rakyat Gaza di Palestin. Mungkin kita perlu meletakkan jiwa dan tenaga mengenainya.

“Penderitaan, penindasan menjadi kebimbangan masyarakat dunia sekarang ini,” katanya ketika program bual bicara bersama pelakon, Josh Horowitz.

Rakaman pendek berdurasi 54 saat itu dimuat naik di laman sosial Instagram Middle East Eye pada hari Jumaat.

Setakat 7 Oktober, Israel telah menyebabkan seramai 41,870 orang terkorban termasuk 16,927 kanak-kanak dan 11,487 wanita.

Serangan yang berlarutan lebih setahun ini telah melumpuhkan keadaan di Gaza di mana kemudahan hospital, sekolah, jalan raya dan lain-lain telah musnah.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *