Viral

“Dunia Hiburan Bukan Dunia Saya,” Kata Khairy Jamaluddin Selepas Kemenangannya

KJ mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk menceburi dunia hiburan dan menegaskan bahawa tidak pernah terlambat untuk kita belajar perkara baru.

“Dunia hiburan ini bukanlah dunia saya,” tulis Khairy Jamaluddin di Instagram selepas meraih trofi Penyampai Radio Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Hot FM dan rakan-rakan penyampai lain yang memberikan peluang kepadanya kerana beliau masih baru dalam bidang hiburan terutamanya sebagai penyampai radio.

“Mungkin ia bermula sebagai troll atau prank, tetapi Hot FM memberi peluang kepada saya ke udara melalui radio. Terima kasih kepada mereka. Mereka mengajar saya selok beloi industri. (Kita) tidak akan pernah terlambat untuk mempelajari sesuatu yang baru. Walaupun untuk orang tua seperti saya!“

KJ juga menyatakan bahawa rezeki itu pastinya ada di mana-mana dan walaupun satu pintu tertutup, Allah pasti akan membuka pintu rezeki yang lain.

Related posts
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *