Pelakon Abby Abadi tampil memberikan jawapan setelah namanya disebut oleh segelintir netizen yang mendakwa dia mengubah ciptaan Allah kerana keningnya kelihatan tipis seperti dicukur.
Menurut Abby, dia tidak pernah melakukan sedemikian kerana bentuk keningnya memang telah terbentuk sedemikian rupa, iras ibunya.
“Hal kening ini saya dah jawab lama dah. Memang itulah rupanya, memang turut temurun daripada emak saya. Ini tak buat apa pun, nak lukis pun malas. Lawa sangat ke kening saya ni? Saya tahu cukur kening itu dilaknat, saya tak buat.”
Dia juga meminta netizen agar tidak risau dan sebaliknya mendoakan agar semua dapat menggapai syurga Allah.
Sebelum ini, seorang individu bertanya sama ada Abby mencukur keningnya kerana kelihatan halus di TikTok.
“Cukur kening ke puan? Cuba tak payah cukur kening tu, nampak lagi elok. Maaf atas apa yang saya cakap ini buat puan terasa.“
Netizen, terutama peminat Abby turut mempertahankan pelakon dan penyanyi itu kerana mereka sudah memahami keadaannya sejak awal kemunculannya sebagai selebriti.