Viral

P Diddy Hadapi Enam Tuntutan Undang-Undang Baharu Berkaitan Penderaan Seksual

Hakim telah menolak dua permohonan ikat jamin yang dikemukakan ke atas penyanyi rap yang kontroversi itu.

Penyanyi rap terkenal dari Amerika Syarikat, Sean John Combs atau lebih dikenali sebagai P Diddy kini menghadapi enam tuntutan undang-undang baharu berkaitan penderaan seksual termasuk serangan terhadap golongan bawah umur.

Saman sivil tersebut difailkan sebulan selepas penerbit muzik yang kontroversial itu didakwa dengan pertuduhan jenayah termasuk pemerdagangan seks yang berlaku sejak lebih sedekad lalu.

Diddy menafikan segala salah laku dalam kes sivil yang lain dan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan jenayah yang dikenakan ke atasnya.

“Selama lebih 10 tahun, Diddy didakwa melakukan serangan seksual termasuk memaksa lelaki dan wanita serta golongan bawah umur untuk memenuhi kepuasan seksualnya, selain menyembunyikan perbuatan menjijikkan itu di sebalik imejnya sebagai selebriti,” menurut kandungan salah satu tuntutan undang-undang yang difailkan oleh plaintif.

Dokumen tersebut turut mendedahkan perbuatan cabul yang dilakukan Diddy terhadap mangsa berumur 16 tahun ketika berparti di rumah agam miliknya pada 1998.

Tuntutan itu dikemukakan peguam Tony Buzbee mewakili 120 individu yang menjadi mangsa keganasan seksual Diddy.

Related posts
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *