Hiburan

Kes Khalwat Aliff Aziz dan Ruhainies: Kedua-Dua Pihak Mengunci Mulut

Ruhainies dan Aliff Aziz masih memilih untuk ‘kunci mulut’ dan hanya mendedahkan bahawa sebutan semula kes khalwat mereka akan diadakan pada Februari 2025.

Seperti yang diketahui, hari ini merupakan sebutan semula kes khalwat Aliff Aziz dan Ruhainies buat kali kedua di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan terkini daripada Utusan, kedua-dua pihak memilih untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan.

Sebutan kes khalwat seterusnya dijadualkan pada 20 dan 27 Februari tahun hadapan.

Dalam siaran langsung, dapat dilihat Aliff Aziz berjalan di hadapan Ruhainies, sementara kedua-duanya mengelak daripada memberikan sebarang kenyataan walaupun ditanya oleh pihak media.

Untuk makluman, Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap kerana khalwat di sebuah kondominium di ibu kota pada 9 Mac lalu.

Related posts
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL CATAT RM6.5 JUTA, TERMASUK TAYANGAN AWAL

– Foto Astro Shaw – Filem Kudrat 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM6.5…
Read more
Hiburan

24 TAHUN BERKARYA, MISHA OMAR RAIKAN IDENTITI SENDIRI MENERUSI AKU & LELAKI

– Foto Astro Awani – Selepas 24 tahun dalam industri muzik, Misha Omar meraikan…
Read more
Hiburan

LEBIH 10,000 TETAMU MERIAHKAN KENDURI RAKYAT SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH DI MUAR

Majlis resepsi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah di Muar, Johor pada 25 Oktober 2026…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *