Hiburan

Trofi ABPBH Tak Ubah Cara Kerja, Hun Haqeem Kekal Berikan Yang Terbaik

Hun Haqeem respon dakwaan bayaran meningkat, menegaskan akan memastikan lakonannya setimpal dengan bayaran.

Pemenang kategori Aktor TV Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, Hun Haqeem tampil memberikan respon terhadap dakwaan bahawa bayaran terhadapnya akan meningkat selepas meraih trofi tersebut.

Menurut Hun Haqeem, dia menegaskan bahawa kemenangan itu tidak akan mengubah cara dia bekerja dan dia akan terus memberikan komitmen yang setimpal dengan bayaran yang diterimanya.

“Berkenaan skeptikal bayaran akan lebih mahal lepas menang anugerah, orang boleh fikir begitu namun apa yang saya janjikan, saya akan pastikan lakonan berbaloi dengan bayaran ketika ditawarkan untuk membintangi sebuah naskah. Segalanya saya akan serahkan termasuk jiwa saya. Saya sentiasa mahu berikan yang terbaik dalam setiap karya lakonan saya. Soal harga itu bergantung kepada pihak yang memberi tawaran.“

Pelakon itu juga menyatakan bahawa pihak yang pernah bekerja dengannya sudah tahu bagaimana dia memberikan komitmen penuh terhadap tugasnya.

Related posts
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
Hiburan

JEP SEPAHTU LUAH KECEWA, MINTA SHUIB BERHENTI BANGKITKAN ISU PERSAHABATAN DI PODCAST

Pelawak Jep Sepahtu meluahkan rasa kecewa terhadap Shuib yang didakwanya masih membangkitkan isu…
Read more
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *