Viral

Selepas Cerai, Populariti Fattah Amin Meroket dan Digelar ‘Duda Paling Hot’

Fattah Amin mencipta rekod baru apabila berjaya meraih 44 juta tanda suka dan 100,000 tontonan dalam sesi jualan live kambing perap Pak Mat Western.

Selepas memegang status duda, populariti Fattah Amin semakin meningkat, membuatkan ramai peminat wanita tergoda dengan ketampanannya.

Baru-baru ini, pelakon tersebut tampil dalam siaran langsung di TikTok bagi mempromosikan jenama makanan sejuk beku terkenal, kambing perap Pak Mat Western.

Buat pertama kali, sesi live itu berjaya mencatat lebih 100,000 tontonan dalam tempoh kurang sejam!

Kebanyakan netizen mengakui mereka menonton siaran live yang bermula sekitar jam 9 malam, 17 Oktober itu semata-mata kerana kemunculan Fattah.

Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin yang kini aktif mempromosikan jenama tersebut turut menerima gift TikTok yang mewah daripada para netizen.

Selain itu, ada juga yang mahu melihat Fattah menyanyi dalam sesi siaran langsung tersebut.

Pada 12 Oktober lalu, Fattah yang pertama kali melakukan live di aplikasi tersebut berjaya menarik lebih 49,000 tontonan dan menerima lebih 26 juta tanda suka.

Sejak bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu, tidak dapat dinafikan populariti Fattah semakin melonjak.

Malah, dia kini digelar sebagai duda paling hot sehingga ramai wanita membuat konten lucu mengenainya, seperti ‘Ada Fattah untuk dihalalkan’.

Related posts
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *