Hiburan

Fattah Amin: “Fatima Mungkin Tidak Faham Perpisahan Ini”

Fattah bersama anak dan ahli keluarganya.

Perpisahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura pada awal Oktober lalu menarik perhatian ramai dan sudah tentu, anak mereka, Nur Fatima Aisya juga terkena tempiasnya.

Banyak yang meluahkan rasa simpati terhadap Fatima yang terpaksa menghadapi perpisahan orang tuanya pada usia yang masih muda.

Malah, Fattah sendiri mengakui bahawa situasi pertemuannya dengan puteri tunggalnya itu berbeza setelah bercerai.

“Baru-baru ini saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama. Tapi Alhamdulillah kami masih dapat berjumpa dan luangkan masa bersama,” ujarnya

Bintang utama Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu menyatakan bahawa Fatima mungkin tidak sepenuhnya memahami situasi yang sedang berlaku dalam keluarga kerana usianya yang masih terlalu kecil. Namun, sebagai seorang bapa, dia bertekad untuk sentiasa berada di sisi anak tunggalnya itu.

“Saya tidak rasa dia faham, sebab dia baru berusia empat tahun. Dia anak yang bijak dan pintar, tapi kefahamannya tidaklah sama seperti kita orang dewasa.

“Mungkin ia mengambil masa. Apa yang penting saya sebagai ‘daddy’ dia, saya akan luangkan masa sebanyak mungkin bersamanya,” jelasnya.

Sebelum ini, Fattah dan bekas isterinya Fazura telah sah bercerai talak satu selepas aktor itu melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bistari pada 7 Oktober selepas tujuh tahun berkahwin.

Untuk makluman, pasangan yang dikenali dengan gelaran Fattzura ini diijabkabulkan pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *