Hiburan

Bergelar Ibu, Mira Filzah Susun Jadual Antara Keluarga dan Kerjaya

Mira Filzah menyusun perjalanan kariernya dengan baik, sambil memastikan masa untuk bersama keluarga.

Setiap wanita bukan sahaja berbeza dari segi rupa tetapi juga dalam aspek komitmen hidup.

Ada antara kaum Hawa yang selesa hidup solo, ada juga yang baru merasai kebahagiaan berumah tangga atau sudah bergelar ibu. Komitmen ini mendorong mereka untuk mengutamakan banyak perkara penting dalam kehidupan. Hal ini juga dialami oleh aktres bertubuh genit, Mira Filzah.

Menurut pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman selepas menjadi ibu dua tahun lalu, tumpuan dan komitmennya kini beralih kepada Wan Khair Amir yang juga berusia dua tahun.

Namun, dalam masa yang sama, isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar ini masih ingin terus memberi sumbangan dalam industri.

“Kalau ikutkan, saya sudah kembali berlakon semenjak Amir berusia lapan bulan, tetapi tidaklah rancak seperti ketika saya masih bujang.

“Kini sebagai ibu, saya mahu melihat perkembangan anak, dia merangkak, berjalan, pergi ke sekolah. Jadi, saya susun jadual sebaiknya supaya seimbang untuk jalani penggambaran dan bersama anak serta keluarga,“ katanya.

Mira menyatakan demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran siri terbaharu lakonannya, Hikayat Bawang Putih Bawang Merah di TGV One Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Beliau juga menyebut bahawa dia perlu menyusun jadual dengan baik kerana ada kalanya, suami mempunyai urusan kerja ketika dia menerima tawaran untuk melakonkan watak yang sangat diinginkannya. Mengenai kemunculannya yang semakin jarang dan perkara tersebut juga disedari oleh peminatnya, ini adalah apa yang dinyatakan oleh Mira.

“Untuk perkembangan karier seni akhir-akhir ini, saya membintangi dua filem tahun lalu termasuk sebuah filem dari Indonesia.

Katanya, filem berjudul Cinta Tak Pernah Tepat Waktu arahan Hanung Bramantyo itu masih menanti tarikh tayangan.

“Selepas Amir berusia lapan bulan, saya jalani penggambaran siri Imam Instant, kemudian ke Indonesia untuk penggambaran filem.

“Ikutkan saya jalani penggambaran dua buah filem tahun lepas. Mungkin sebab itu orang sangka saya tidak aktif lagi. Insya-ALLAH hujung tahun ini saya bakal muncul dengan siri 32 episod untuk Astro berjudul Curang Tanpa Niat,“ jelasnya yang bersedia menjayakan watak antagonis sekiranya bersesuaian dengan imej bertudungnya.

Seiring dengan perkembangan isu semasa, terutama dalam kalangan artis, Mira ditanya mengenai kebimbangannya terhadap kes kecurangan yang sering dilaporkan.

Menolak secara baik untuk mengulas mengenai isu rumah tangga rakan selebriti, Mira berkata sebagai wanita, beliau juga bimbang dengan kehadiran orang ketiga.

“Kalau ikutkan sejak awal saya mula berlakon sudah ada watak penyondol atau orang ketiga. Cuma kini, produksi guna perkataan curang sebagai judul drama.

“Kalau ikutkan saya tidak mahu terlalu fikirkan sebab ini kerja dan ia sebahagian daripada ibadah.

“Cuma kalau ditanya, takut atau tidak dengan kehadiran orang ketiga, saya percaya semua ada jawapan yang sama. Begitu juga dengan saya,“ ulasnya ringkas.

Related posts
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more
Hiburan

Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat: Cinta Lama Kembali Tertaut?

 Sufian Suhaimi berkongsi gambar Rania Al-Sadat dengan kapsyen ‘Masya-Allah Sayangku’ di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *