Hiburan

Ujian Toksikologi Mengesahkan Liam Payne Menggunakan Kokain Merah Jambu

Liam Payne mengambil pelbagai jenis dadah sebelum meninggal dunia.

Bekas anggota kumpulan One Direction, Liam Payne didapati telah mengambil pelbagai jenis dadah sebelum ditemui meninggal dunia minggu lalu.

Menurut laporan ABCNews, hasil ujian toksikologi menunjukkan bahawa Payne mengambil kokain merah jambu yang merupakan campuran methamphetamine, ketamin dan bahan lain.

Selain itu, selebriti berusia 31 tahun itu juga dikatakan telah mengambil dadah jenis kokain dan benzodiazepin di dalam bilik hotel, di mana paip aluminium buatan sendiri juga ditemui.

Namun, setakat ini, mayat Payne masih berada di Argentina sehingga prosedur bedah siasat selesai dilakukan sebelum proses pengebumian yang dijadualkan akan dibawa pulang ke England pada bulan November depan.

Sebelum ini, Payne disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari balkoni tingkat tiga di sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina pada 16 Oktober lalu.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *