Viral

Panas! Cik Epal Tawarkan Kenyataan Jika Podcast Bayar RM100K

Cik Epal berseloroh bahawa dia akan bersedia untuk muncul dalam podcast jika dibayar RM100K, dan Caprice menyatakan bahawa dia ‘ons’ dengan tawaran tersebut.

Kemelut perceraian antara Jofliam dan Cik Epal semakin panas apabila Dewi tampil memberikan pendapat mengenai isu yang melibatkan mereka bertiga. Dewi juga mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan untuk menjadi isteri kedua Jofliam oleh Cik Epal.

Dewi menyatakan bahawa dia menerima hadiah berupa beg tangan berjenama daripada Jofliam dan Cik Epal yang kononnya sebagai tanda untuk menebus kesilapan mereka terhadapnya.

Menyusuli kenyataan itu, Cik Epal melalui Instagramnya memilih untuk tidak memberikan sebarang respons terhadap apa yang dinyatakan oleh Dewi. Cik Epal juga menegaskan bahawa segala yang berlaku bukan berpunca daripadanya.

“Untuk sekarang, aku rasa tak ada keperluan untuk aku beri penjelasan. Semua perkara yang terjadi bukan berpunca daripada aku yang memuat naik apa-apa kenyataan.”

Namun, Cik Epal sempat berseloroh dengan menyatakan bahawa dia akan memberikan kenyataan jika ada mana-mana podcast yang sanggup membayar RM 100K kepadanya.

Kenyataan itu ternyata menarik perhatian Caprice yang dilihat di ruangan komen seolah-olah bersedia untuk membayar jumlah tersebut.

Related posts
ViralGlobal

JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
Read more
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
ViralUmum

RITA RUDAINI KONGSI PENGALAMAN ANAK BERDEPAN ISU BULI DI ASRAMA

Pelakon Rita Rudaini berkongsi pengalamannya berhubung isu buli selepas mendakwa anaknya pernah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *