Viral

Dua Lelaki Ditahan Polis Kerana Meletakkan Kepala Babi di Kedai Makan

Rakaman CCTV yang tular di lokasi kejadian.

Dua lelaki telah ditahan oleh polis kerana didakwa meletakkan kepala babi di sebuah kedai makan. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof menyatakan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut pada 11 Oktober lalu.

Menurut beliau, tindakan suspek itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang terletak di Bandar Teknologi Kajang.

“Pengadu, seorang lelaki berusia 18 tahun, telah menyemak rakaman CCTV di kedainya.

“Dua lelaki berusia 35 dan 51 tahun ditahan pada 15 Oktober lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada hari Ahad.

Naazron menjelaskan bahawa siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan dan mengumpulkan bukti berkaitan kes ini.

Related posts
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
GosipViral

BELLA ASTILLAH TANDA SUKA HANTARAN ‘TERIMA KASIH RUHAINIES’, CURI PERHATIAN NETIZEN

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menarik perhatian apabila dilihat menanda suka sebuah hantaran…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *