Hiburan

Gagal Timang Anak Bukan Kerana Suami – Janna Nick Jawab Tuduhan Biadap

Janna meluahkan kekesalan menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Pelakon dan pengarah, Janna Nick tidak dapat menahan air mata apabila seorang individu bertindak biadab menuduh suaminya, Dini Schatzmann sebagai punca mereka belum dikurniakan cahaya mata selepas setahun berkahwin.

Menurut Janna atau nama sebenar beliau Nurul Jannah Muner, 29, mereka berdua sudah menjalani ujian kesuburan dan keputusannya menunjukkan semuanya berada dalam keadaan baik.

“Saya sangat terkesan dengan satu komen ini. Biasanya saya tidak kisah orang komen (bertanya) bila nak ada anak.

“Individu itu komen, ‘Dini mesti lebih hormon perempuan, sebab itu susah dapat anak’.

“Saya rasa sangat kurang ajar kerana kami sudah buat macam-macam, lakukan yang terbaik, berusaha keras untuk dapatkan anak,” luah Janna menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya.

Tambah Janna, mereka telah menjalani pelbagai ujian kesuburan dan menjalani rawatan In vitro fertilization (IVF) sejak setahun lalu namun masih belum membuahkan hasil.

Janna juga berkongsi bahawa dia telah cuba mengubah gaya hidupnya dan mengambil cuti berlakon untuk tempoh yang lama sebagai salah satu usaha untuk hamil.

“Bila orang tanya berkali-kali, saya pun tanya ALLAH bila nak beri saya anak?

“Bulan 10 cukup setahun buat IVF dan saya gagal. Kami buat pelbagai ujian semua okay. Cuma tahun lepas kali pertama buat IVF keadaan telur saya teruk.

“Saya tahu keadaan kesihatan, hormon, telur dan uterus. Uterus memang terbalik, sebab itu kami berusaha keras,” jelasnya yang mengakui emosinya terganggu kerana komen-komen netizen.

Janna juga meminta tidak ada mana-mana pihak bertanya bila mereka mahu menimang cahaya mata kerana mereka sudah mencuba pelbagai cara termasuk petua untuk hamil.

“Kami berusah keras, berhenti tanya. Ada yang bagi petua suruh ibu hamil pijak kaki, saya minta Nabila Razali pijak kaki saya. Semua itu sebab saya terdesak mahukan anak,” katanya yang mengakui berat badannya naik kerana makan pil hormon.

Dini yang berada di sisi Janna turut menasihati orang ramai agar tidak memberi komen yang tidak sensitif kerana itu mengganggu emosi isterinya.

“Anda semua juga mahukan kami ada anak. Kalau nak komen keterlaluan, lebih baik simpan sahaja,” ujarnya.

Related posts
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more
Hiburan

Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat: Cinta Lama Kembali Tertaut?

 Sufian Suhaimi berkongsi gambar Rania Al-Sadat dengan kapsyen ‘Masya-Allah Sayangku’ di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *