HiburanGosip

Mahalini Dikhabarkan Hamil Anak Perempuan, Badan Semakin Berisi?

Mahalini hamil?

Penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini, dikhabarkan sedang hamil anak pertama selepas enam bulan melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya, penyanyi Rizky Febian.

Menurut laporan Suara, spekulasi ini bermula ketika Mahalini menghadiri majlis ulang tahun anak kepada pasangan pempengaruh Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar, iaitu Azura. Dalam majlis tersebut, Mahalini tampil anggun mengenakan gaun longgar berwarna merah jambu, sementara Rizky Febian bergaya santai dengan kemeja dipadankan dengan seluar pendek.

Penampilan Mahalini menarik perhatian netizen yang mendakwa terdapat perubahan pada bentuk badannya, dengan ramai menyatakan beliau kelihatan lebih berisi. Gaun longgar yang dipakainya turut menimbulkan spekulasi bahawa penyanyi lagu Sial itu sedang hamil kerana ia menutupi bentuk perutnya.

Namun begitu, bapa mentua Mahalini, pelawak Sule, tampil menafikan khabar angin tersebut. Beliau menegaskan tiada cucu yang bakal lahir dalam masa terdekat, walaupun sebelum ini pernah menyuarakan keinginan untuk menimang cucu lelaki. Menariknya, Sule turut berkongsi rasa seolah-olah Mahalini sedang hamil anak perempuan.

Sebagai rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024, dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

Related posts
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
Gosip

WATIE NAFI HUBUNGAN DENGAN SHUIB SEBELUM PEMERGIAN SITI SARAH, MAHU LINDUNGI KELUARGA

Watie Hanifiah tampil menafikan dakwaan bahawa dia menjalinkan hubungan dengan suaminya, Shuib…
Read more
GosipViral

BELLA ASTILLAH TANDA SUKA HANTARAN ‘TERIMA KASIH RUHAINIES’, CURI PERHATIAN NETIZEN

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menarik perhatian apabila dilihat menanda suka sebuah hantaran…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *