Pemandu legenda Formula 1 (F1), Lewis Hamilton, menegur kru produksi filem kerana kesilapan teknikal, khususnya pelakon utama yang salah menggunakan gear ketika penggambaran di litar.
Sebagai penerbit bersama filem tersebut, pelumba Mercedes AMG Petronas itu menekankan pentingnya keaslian dan ketepatan dalam menggambarkan sukan F1, bagi memastikan pengalaman sebenar dapat dirasai oleh penonton.
“Lewis menonton sebahagian daripada filem ini dan memberi maklum balas tentang bagaimana pemandu sebenar melaksanakan tugas mereka. Penggunaan gear menarik perhatiannya kerana kami tidak menggunakan gear yang tepat,” kata penerbit filem, Jerry Bruckheimer.
Bruckheimer turut mengakui bahawa meskipun kritikan Hamilton kadangkala meningkatkan kos produksi, ia dianggap berbaloi demi menonjolkan fakta sebenar dunia F1.
Filem yang dibintangi Brad Pitt itu dijadualkan tayang pada 2025 dan bertujuan menjadi gambaran paling realistik mengenai dunia Formula 1, dengan sokongan besar daripada kepakaran Hamilton.