Hiburan

One Direction ‘Bersatu Kembali’ di Majlis Pengebumian Liam Payne Selepas 9 Tahun

Kesemua bekas ahli kumpulan terkenal antarabangsa iaitu One Direction akhirnya ‘bersatu’ buat kali pertama selepas sembilan tahun berpecah

Bekas ahli kumpulan One Direction, iaitu Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan, dan Louis Tomlinson, menghadiri majlis pengebumian rakan mereka, Liam Payne, yang diadakan di Amersham, Buckinghamshire, London.

Keempat-empat bintang antarabangsa itu tiba secara berasingan di gereja sebelum menyertai keluarga Liam dalam majlis pengebumian tertutup yang berlangsung pada Rabu.

Menurut laporan BBC, keranda Liam diarak menggunakan kereta kuda dengan hiasan bunga bertuliskan perkataan ‘anak’ dan ‘ayah’. Sebuah set pin boling turut disertakan sebagai penghormatan kepada hobi kegemaran Liam semasa hayatnya.

Selain bekas ahli kumpulan One Direction, antara selebriti lain yang hadir memberikan penghormatan terakhir termasuk teman wanita Liam, Kate Cassidy, Simon Cowell, Nicola Roberts, dan ramai lagi.

Untuk makluman, Liam meninggal dunia pada 16 Oktober lalu selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

Sebagai rekod, One Direction secara rasmi mengumumkan perpisahan mereka pada 2016, setahun selepas Zayn Malik meninggalkan kumpulan tersebut.

Related posts
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more
Hiburan

Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat: Cinta Lama Kembali Tertaut?

 Sufian Suhaimi berkongsi gambar Rania Al-Sadat dengan kapsyen ‘Masya-Allah Sayangku’ di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *