Hiburan

Fattah Amin Bawa Keluarga Tunai Umrah

Pelakon Fattah Amin selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah bersama keluarganya, semalam

Pelakon terkenal, Fattah Amin, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, berkongsi momen manis di Instagram sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah. Dalam hantaran tersebut, Fattah dilihat bergambar bersama kedua ibu bapanya, Mohd Amin Musa dan Azizah Abdul Ghani, serta adik-beradiknya.

Raut wajah Fattah yang ceria dan penuh kesyukuran menarik perhatian netizen dan rakan artis, yang membanjiri ruangan komen dengan doa-doa yang baik. Kebanyakan mereka mendoakan agar segala urusan ibadah umrah Fattah dan keluarganya dipermudahkan serta mendapat umrah yang mabrur dan maqbul.

Ada juga netizen yang sempat menitipkan harapan agar bapa kepada seorang anak ini bertemu jodoh di tanah suci. Momen penuh makna ini nyata mengundang sokongan dan doa dari ramai pihak untuk perjalanan spiritual Fattah sekeluarga.

Related posts
Hiburan

BUKIT JALIL DIJANGKA SESAK, SIRI KONSERT BERLANGSUNG HINGGA 8 NOVEMBER

Pengunjung yang menuju ke Bukit Jalil antara 4 hingga 8 November 2026 disaran merancang perjalanan…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL KUTIP RM12 JUTA, UNGGULI CARTA GSC

– Poster Astro Shaw – Filem KUDRAT 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM12…
Read more
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *