Hiburan

‘Inilah Bahasa Tuhan, Kita Mesti Faham Kehidupan Hanya Sementara’ 

Ditanya mengenai keadaan dirinya, pelakon dan pelawak, Ebby Yus menerima aturan tuhan apabila diuji dengan penyakit buah pinggang kronik

Pelakon dan pelawak Ebby Yus, atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, mengingatkan orang ramai untuk sentiasa bersangka baik dengan ketentuan Tuhan. Dalam perkongsian di TikTok, beliau menekankan bahawa segala yang dimiliki di dunia ini hanyalah pinjaman sementara.

“Ini adalah bahasa Tuhan yang kita mesti faham. Kalau Tuhan cakap jadi, maka jadilah. Hidup kita hanya sementara, tetapi kita diberi pilihan untuk berbuat baik atau jahat. Jangan salahkan Tuhan, segalanya datang daripada-Nya. Terima yang baik dan yang buruk juga,” ujarnya.

Ebby turut menasihatkan agar tidak terlalu berbangga dengan apa yang dimiliki, kerana kekayaan tidak selamanya menjadi milik kita.

“Saya pernah merasa kemewahan. Kita perlu bersedia untuk hidup selepas kemewahan. Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita dapat,” tambahnya.

Untuk makluman, Ebby Yus baru-baru ini menjalani rawatan selama 17 hari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kegagalan buah pinggang. Beliau dibenarkan pulang pada 23 Oktober lalu setelah menerima rawatan intensif.

Semoga Ebby Yus terus diberi kesihatan yang baik dan menjadi inspirasi kepada ramai dengan pandangan hidupnya yang penuh kesyukuran.

Related posts
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more
Hiburan

DR FIE EX KEPADA PENYANYI NUBHAN SAH BERTUNANG, PILIH RAHSIAKAN IDENTITI BAKAL SUAMI HINGGA AKAD NIKAH

Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau Dr Fie, mengesahkan dirinya sudah bertunang selepas berkongsi…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH KONGSI BAHAGIA, KENDURI RAKYAT DI MUAR DAN KOTA KINABALU

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal berkongsi kebahagiaan perkahwinan mereka…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *