GosipHiburan

‘Alhamdulillah, Allah Bagi Pinjam 5 Minggu’

Penyanyi, Najwa Latif berkongsi berita sedih memaklumkan dirinya mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah lima minggu

Melalui hantaran di Instagram, penyanyi Najwa Latif, 29, memohon maaf kerana tidak dapat dihubungi selepas mengalami keguguran anak pertamanya.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat bercakap dengan sesiapa buat masa ini. Saya mengalami keguguran. Sebenarnya, saya tidak berniat untuk berkongsi perkara ini kerana ia sangat peribadi buat saya dan suami,” tulisnya.

Pelantun lagu Cinta Muka Buku itu juga mengucapkan terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada orang ramai yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

“Saya sangat menghargai semua kata-kata baik anda. Terima kasih kerana memikirkan saya di saat sukar ini. Izinkan kami bersedih dalam diam dan simpan kami dalam doa anda. Semoga doa-doa anda dikembalikan dengan kebaikan,” katanya.

Najwa turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang merasai pengalaman kehamilan walaupun hanya selama lima minggu.

“Alhamdulillah. Allah pinjamkan lima minggu. See you when we see you, bebibu,” tambahnya.

Untuk makluman, Najwa mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap Akwa Arifin pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.

Related posts
Gosip

Spekulasi Artis Wanita Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami

Adakah artis wanita popular kembali rujuk dengan bekas suami dalam tempoh idah? Baru-baru ini…
Read more
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *