Hiburan

‘Isteri Selalu Berleter & Ingatkan Saya Agar Jangan Sentuh Rokok Lagi’

Pelantun suara ‘Mahligai Syahdu’ iaitu Dato Hattan memberitahu berat badannya semakin bertambah selepas berhenti merokok sejak beberapa bulan yang lalu

Dalam temu bual bersama OhBulan!, penyanyi Hattan mendedahkan berat badannya bertambah sebanyak empat kilogram dengan ukuran pinggang kini mencapai 36 inci. Namun, perubahan ini tidak menghalangnya daripada merasai manfaat kesihatan setelah berhenti merokok.

“Saya berhenti merokok selepas pemergian adik pada April lalu. Alhamdulillah, sejak itu saya tidak menyentuh rokok lagi. Dua minggu pertama memang mencabar – tangan menggigil, emosi tidak menentu – tetapi kini semuanya stabil,” katanya.

Hattan mengakui walaupun berat badannya meningkat, kesihatannya semakin baik. “Pernafasan saya lebih lancar, malah saya mampu menyanyikan lagu bernada tinggi tanpa masalah,” tambahnya.

Berkongsi cabaran berhenti merokok, Hattan mendedahkan ada rakan yang bergurau dan cuba memujuknya kembali ke tabiat lama, malah menawarkan RM1,000 jika dia merokok semula.

“Memang ada dugaan, tapi syukur saya sudah nekad. Isteri saya banyak membantu, sering menasihati dan mengingatkan saya agar tidak kembali merokok. Itu yang membuatkan saya lebih kuat,” jelasnya.

Hattan turut berkongsi keterujaannya menjelang Konsert Hitam Manis bersama Hazama dan Black yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 Februari tahun depan.

Related posts
Hiburan

XPDC KEMBALI BERSATU, SEMANGAT ERA 1990-AN BAKAL MENGGEGAR PENTAS

– Foto Astro Awani – Selepas hampir tiga minggu menjalani latihan intensif, anggota…
Read more
Hiburan

SITI NURHALIZA TARIK DIRI DARIPADA KATEGORI KELUARGA SELEBRITI TERHANGAT 2026

Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan keputusan menarik diri daripada kategori Keluarga Selebriti…
Read more
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *