Tempatan

PROTON e.MAS 7 Raih Penarafan 5 Bintang Dalam Penilaian ASEAN NCAP 2024

Gambar: ASEAN NCAP

Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengumumkan keputusan penilaian terakhir bagi tahun 2024, dengan salah satu penilaian melibatkan kenderaan elektrik jenis SUV, PROTON e.MAS 7, yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi.

Sebagai model elektrik pertama keluaran PROTON, PROTON e.MAS 7 mencatat kejayaan cemerlang dengan memperoleh penarafan 5 bintang dan jumlah markah keseluruhan sebanyak 92.57 mata.

Keputusan tersebut merangkumi beberapa kategori utama:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP): 39.00 mata
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP): 17.32 mata
  • Bantuan Keselamatan (SA): 20.00 mata
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS): 16.25 mata

Pencapaian ini mengukuhkan reputasi PROTON sebagai pengeluar kenderaan yang komited terhadap keselamatan dan inovasi teknologi dalam industri automotif.

Related posts
Tempatan

Harga Lantai Padi Baharu Dijangka Ringankan Beban Pesawah

Pesawah di negeri Kedah berharap pengumuman harga lantai belian padi baharu minggu depan akan…
Read more
Tempatan

Laluan Ke Taman Negara Niah Terputus Akibat Banjir

Tinjauan menunjukkan air naik antara 50cm hingga dua meter di pintu masuk Gua Niah menyebabkan…
Read more
Tempatan

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi Selama Dua Hari

Pesawat yang membawa Presiden Shavkat Mirziyoyev dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *