TempatanHiburan

Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia Akibat Kanser di PPUM

Lan Zailan disahkan meninggal dunia akibat kanser kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis.

Pelakon veteran Lan Zailan, atau nama sebenarnya Zailan Kamaruddin, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.21 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kanser pankreas tahap empat.

Berita sedih ini dikongsikan oleh isterinya, Ruby Sara Omar, 51 tahun.

“Saya dan anak-anak berada di sisi Allahyarham semasa beliau menghembuskan nafas terakhir. Mewakili suami, saya memohon maaf sekiranya beliau pernah melakukan kesalahan dan halalkan makan minumnya. Semalam, ketika beliau nazak, saya berpesan agar beliau memaafkan semua orang, dan beliau telah mengangguk tanda memaafkan,” ujar Ruby kepada Sinar Harian.

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) turut menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan Allahyarham, yang disifatkan sebagai seorang pelakon berbakat besar. Dalam kenyataan rasmi, Seniman menyatakan bahawa industri kreatif tanah air kehilangan seorang figura yang banyak menyumbang kepada seni lakonan.

Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke PPUM selepas mengalami batuk berpanjangan sejak Oktober lalu dan keadaannya tidak menunjukkan perubahan meskipun telah mendapatkan rawatan di klinik.

Lan Zailan, 66, dikenali menerusi pelbagai karya terkenal termasuk Gerak Khas, Zaharul vs Zarina, Takdir Itu Milik Aku, dan Bini-Biniku Gangster. Beliau aktif dalam dunia seni sejak 1980 dan telah membintangi lebih 10 filem serta puluhan drama dan telefilem di Malaysia.

Jenazah Allahyarham kini berada di PPUM untuk dimandikan sebelum dibawa ke Masjid As Salam, Puchong Perdana untuk solat jenazah. Beliau dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Related posts
Hiburan

BUKIT JALIL DIJANGKA SESAK, SIRI KONSERT BERLANGSUNG HINGGA 8 NOVEMBER

Pengunjung yang menuju ke Bukit Jalil antara 4 hingga 8 November 2026 disaran merancang perjalanan…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL KUTIP RM12 JUTA, UNGGULI CARTA GSC

– Poster Astro Shaw – Filem KUDRAT 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM12…
Read more
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *