Tempatan

Fahmi Reza ditahan polis

PENAMPANG – Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza ditahan oleh pihak polis susulan 30 laporan yang diterima berhubung penyebaran karikatur berunsur penghinaan.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Fahmi diberkas kira-kira jam 5 petang selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang semalam.

Beliau memaklumkan bahawa tangkapan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan masih dijalankan, dan permohonan reman akan dibuat pagi ini mengikut prosedur di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk memudahkan proses siasatan,” katanya.

Datuk Jauteh juga menyatakan bahawa lebih 30 laporan telah diterima, termasuk berkaitan poster karikatur yang dianggap menghina Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11.

Related posts
Tempatan

Kuasa pengampunan Agong tiada had

Mohamed Haniff berkata, selepas Malaysia mencapai kemerdekaan perkara berkenaan ditulis dalam…
Read more
Tempatan

Bomba Bantu Pindah Calon SPM Dari Rumah Panjang Ke Asrama Sekolah

Pelajar itu kemudiannya diserahkan kepada warden asrama untuk tindakan lanjut. KAPIT: Jabatan…
Read more
Tempatan

Pekerja Kontrak 19 Tahun Maut Ketika Memasang Talian Internet di Kampung Sinoko

Kejadian itu berlaku ketika lelaki berusia 19 tahun itu sedang memasang talian tersebut berhampiran…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *