Hiburan

“Hafiz Suip Akui Dalam Proses Cerai: Sedia Berpisah Secara Baik Demi Kebaikan Bersama”

Hafiz Suip, atau nama penuhnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, berkongsi perkara tersebut dalam sebuah temubual bersama Melodi.

Penyanyi terkenal, Hafiz Suip, atau nama penuhnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, berkongsi perkembangan terkini mengenai rumah tangganya dalam satu temubual bersama Melodi. Menurut penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku itu, dia dan isterinya, Nureffy, sedang melalui proses perceraian dan pada masa yang sama berbincang mengenai hak penjagaan anak-anak mereka.

“Status kami sekarang masih suami isteri, tetapi tidak tinggal sebumbung sebab kami dalam proses bercerai. Kami juga sedang berunding untuk hak penjagaan anak-anak,” ujar Hafiz.

Hafiz menekankan bahawa dia mahu menyelesaikan isu rumah tangga ini dengan cara yang baik tanpa melibatkan pihak luar atau mana-mana campur tangan yang tidak perlu. Walaupun berat untuk diterima, Hafiz berkata dia harus akur dengan kenyataan dan bersedia melepaskan isterinya jika persefahaman tidak lagi wujud antara mereka.

“Saya kena terima kenyataan. Nak melepaskan memang susah, tapi saya tak boleh pentingkan diri. Kami tidak menyalahkan antara satu sama lain, sebaliknya menganggap apa yang berlaku ini sebagai ujian. Kalau memang dah tak ada persefahaman, saya lepaskan dengan cara yang baik. Kita tak mahu merumitkan keadaan atau membiarkan anak-anak jadi mangsa.”

Hafiz turut memohon doa daripada orang ramai agar segala urusan dipermudahkan dan dirinya terus kuat menghadapi cabaran ini.

“Kita ni manusia, saya cuba yang terbaik, dan selainnya saya berserah. Saya perlukan doa daripada peminat-peminat. Saya faham mereka ambil berat dan sayangkan saya.”

Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 16 Mei 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5.

Sumber: Melodi

Related posts
Hiburan

Nuha Bahrin Tidak Terguris Dengan Gurauan 'Presiden Keychain' Netizen

Nuha Bahrin menyatakan bahawa dia memahami perasaan mereka yang memiliki ketinggian pendek dan dia…
Read more
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *